SEWAAN (AL-IJARAH)

1. PENGERTIAN SEWAAN

Pengertian

Pada bahasa bermaksud jual beli manfaat. Ia merujuk kepada bayaran atau ganjaran yang diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu kerja termasuk juga upah, sewa atau imbuhan.

2. HUKUM SEWAAN

Hukum

Harus dan dibolehkan. Jumhur ulama mengharuskan sewaan berpandukan kepada dalil al-Quran dan al-Hadis.


3. JENIS-JENIS SEWAAN


4. HIKMAH SEWAAN


  • Memberi kemudahan kepada orang-orang yang tidak memiliki sesuatu barang mendapat faedah daripadanya.
  • Menambah kelapangan bagi pemilik barang dengan beroleh bayaran sewanya.
  • Mengeratkan perhubungan antara satu sama lain.
  • Supaya anggota masyarakat mendapat kemudahan dan kesenangan hidup.
  • Menggalakkan pihak-pihak yang mampu supaya sentiasa memberi kemudahan kepada pihak-pihak yang kurang mampu

5. RUKUN DAN SYARAT SAH SEWAAN

Rukun dan Syarat Sah al-Ijarah

1. Pemberi sewa atau mu’jir iaitu orang yang menerima bayaran.

2. Penyewa atau musta’jir iaitu orang yang memberi bayaran.

3. Manfaat atau perkhidmatan.

4. Bayaran atau upah. 

5. Sighah iaitu ijab dan qabul.

Contoh:

 Yusri menyewa sebuah kereta dari Pahang untuk pergi ke Kelantan dengan bayaran sebanyak RM200.00.

Yusri merupakan “penyewa – musta’jir”.

Wang sebanyak RM200.00 merupakan “sewa – ujrah”.

Pemilik asal kereta merupakan “pemberi sewa – mu’jir”.






Comments

Popular posts from this blog

PENGERTIAN MUNAKAHAT

HUTANG (AL-QARD)