JUAL BELI (AL-BAI')

1. PENGERTIAN DAN HUKUM JUAL BELI

MAKLUMAT TAMBAHAN: 

Hukum: 
Syariat ini termaktub dalam al-Quran dan al-Hadis. Malah, telah diakui oleh ijmak ulama
  
 a) Dalil al-Quran
Firman Allah S.W.T                          

“….Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba…”  
                                 Al-Baqarah : 275)
b) Dalil Al-Hadis
Nabi s.a.w ditanya mengenai pekerjaan apa yang paling suci lalu jawab baginda :

 “...Pekerjaan tangan seseorang dari setiap jual beli yang baik-baik iaitu jual beli yang tidak sambil (menipu barang dagangan) lagi pula tidak khianat.”

c) Ijmak Ulama :
Seluruh ulama bersepakat bahawa jual beli adalah harus untuk keperluan dan kepentingan dalam kehidupan. Imam al-Syafie berkata,

"Asal bagi semua jual beli adalah harus jika kedua-dua orang yang
berjual beli itu reda dengan barang yang dijual beli itu, kecualilah jenis jual beli yang dilarang Rasulullah S.A.W.”
                                                                                      (Al-Syafie : 1981)



2. RUKUN JUAL BELI

a) Penjual dan Pembeli

  • seorang yang baligh, berakal dan mampu menguruskan barangan dengan baik; dilakukan atas kemahuan sendiri dan bukan secara paksaan dan bebas
  • membuat pilihan kecuali dalam kes yang melibatkan undang-undang;
  • penjual dan pembeli adalah dua orang individu yang berlainan;
  • beragama Islam bagi jual beli yang melibatkan al-Quran, al-Hadis dan kitab yang mengandungi ayat al-Quran di dalamnya;
  • pembeli bukan seorang yang kafir harbi (yang boleh diperangi) jika barangan yang dibeli adalah peralatan senjata.

b) Barang jualan

  • hendaklah wujud dan boleh diserahkan semasa akad jual beli dilakukan kecuali dalm jual beli al-Salam dan al-Istishna’;
  • bersih dan suci;
  • berfaedah menurut syarak dan bernilai menurut Islam
  • kepunyaan penjual atau wakilnya;
  • diketahui oleh penjual dan pembeli tentang kadar, jenis dan sifatnya.
c) Harga

  • bayaran adalah bernilai atau laku dalam pasaran;
  • bayaran jelas jumlahnya;
  • bayaran adalah milik pembeli;
  • bayaran boleh diserahkan kepada penjual walaupun secara hukum ( sah  jual beli dengan cek atau kad kredit )
  • jenis matawang bayaran diketahui oleh penjual dan pembeli
d) Ijab dan Qabul

  • Tawaran (ijab) hendaklah berterusan dan tidak diubah hinggalah telah  diterima (qabul);
  • ijab dan qabul berlaku dalam satu majlis dan tidak wujud tempoh yang lama antara kedua-duanya;
  • ijab dan qabul tidak diselangi dengan percakapan atau perkataan lain yang tidak berkaitan dengan akad;
  • wujud persamaan ijab dan qabul walaupun berlainan lafaz;
  • akad jual beli tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu yang tidak berkaitan dengan akad;
  • akad jual beli tidak boleh dihadkan untuk tempoh tertentu.

3. BENTUK-BENTUK JUAL BELI

  • JUAL BELI YANG DIBENARKAN:

  • JUAL BELI YANG HARAM DAN TIDAK SAH:



 

  •   JUAL BELI YANG HARAM TETAPI SAH




Comments

Popular posts from this blog

SEWAAN (AL-IJARAH)

PENGERTIAN MUNAKAHAT

HUTANG (AL-QARD)