SAHAM

1. PENGERTIAN SAHAM

MAKLUMAT TAMBAHAN: 

FIRMAN ALLAH SWT
Maksudnya :
“...dengan satu keadaan Yang memaksa) maka Dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang Yang kalah Yang digelunsurkan (ke laut)”
                                                                                                                 (al-Saafaat: 141)

MENURUT PANDANGAN AHLI-AHLI EKONOMI, SAHAM BERMAKSUD:

1. Bahagian tertentu pemodal sesebuah syarikat harta dan bahagian ini mewakili sebahagian tertentu modal syarikat menerusi pemilikan skrip saham bagi setiap pemodal. Ini dilihat sebagai suatu cara bagi pengesahan hak miliknya dalam sesebuah syarikat

2. Skrip saham atau dokumen yang sah yang diberikan kepada setiap pemodal sebagai mengesahkan pemilikannya kerana setiap saham yang diberi kepada pemodal memberikannya suatu hak dalam syarikat mengikut peraturan yang selayaknya. Jumhur fuqaha’ muasirin berpendapat bahawa Islam secara umumnya mengharuskan penerbitan dan jual beli saham, dengan syarat tidak mengandungi unsur-unsur yang haram seperti riba, gharar, perniagaan benda yang haram dan unsur-unsur haram yang lain. Oleh itu, hukum sesuatu saham berbeza mengikut sifat saham tersebut dan jenisnya

2. HUKUM

         Hukum urusniaga saham mengikut jenis aktiviti perniagaan sesuatu syarikat :

a) Syarikat yang aktivitinya halal
  • Hukumnya harus bermuamalah dengan saham syarikat ini tanpa sebarang khilaf.

b) Syarikat yang aktivitinya haram.
  • Seperti bank yang mengamalkan riba, syarikat pembuatan arak dan sebagainya. Hukumnya haram secara ittifaq.

c) Syarikat yang aktivitinya syubhat.
  • Syarikat yang mengeluarkan perkhidmatan dan barangan yang halal, tetapi kadangkala bermuamalah dengan uruniaga yang haram , seperti syarikat barangan elektrik, ubat-ubatan, kenderaan dan lain-lain yang membiayai aktiviti syarikat dengan pinjaman ribawi atau urusniaga yang melibatkan riba.Para fuqaha’ mu’asirin berselisih pendapat tentang masalah ini kepada 3 pendapat :
1. Pendapat pertama : Haram bermuamalah dengan saham syarikat ini selagimana tidak 100% halal.

2. Pendapat kedua : Harus bermuamalah dengan saham ni tetapi dengan syarat, berdasarkan kaedah fiqh dan nas yang terbina di atas asas memudahkan dan mengangkat kesusahan

3. Pendapat ketiga : Makruh

3. RUKUN SAHAM



4. PELABURAN SAHAM MENURUT PANDANGAN ISLAM




Comments

Popular posts from this blog

SEWAAN (AL-IJARAH)

PENGERTIAN MUNAKAHAT

HUTANG (AL-QARD)