HUTANG (AL-QARD)
1. PENGERTIAN HUTANG
MAKLUMAT TAMBAHAN:
a) Dalil al-Quran
Al-Qard telah disyariatkan melalui al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijmac. Selain “Ayat Hutang” di atas masih ada ayat al-Quran lain yang menyentuh tentang al-Qard, diantaranya
Firman Allah S.W.T:
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik iaitu dengan mengeluarkan hartanya di jalan Allah, maka Allah akan melipatgandakan balasan baik kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah-lah yang menyempitkan dan melapangkan rezeki dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan.”
(Al-Baqarah : 145)
b) Dalil al-Hadis
Hadis Nabi Muhammad saw juga banyak menyebut tentang al-Qard,
Sabda Nabi Muhammad saw:
“...Sesiapa dari kalangan orang Islam yang memberi pinjaman kepada orang Islam yang lain sebanyak dua kali maka seolah-olahnya dia telah memberi sedekah satu kali.”
Comments
Post a Comment