RIBA
1. PENGERTIAN RIBA
MAKLUMAT TAMBAHAN
a) Dalil al-Quran
“...Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."
(Surah al-Baqarah : 275 )
b) Dalil al-Hadis
Hadis yang menunjukkan pengharaman riba’ ialah :
“..Rasulullah S.A.W. telah melaknat pemakan riba, orang yang memberikan riba, orang yang menjadi penulisnya dan saksi-saksinya. Kemudian Rasulullah S.A.W. mengatakan: Mereka semua adalah sama.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim dan Ahmad dan Abu Daud dan Tarmizi)
2. JENIS-JENIS RIBA
1. Riba’ Al-Fadlu
• riba yang dibayar lebih kepada satu pihak dengan sebab penukaran
• Berlaku dalam jual beli yang disertai dengan tambahan dengan salah satu jenis barang yang sama jenis
• Berlaku dalam jual beli duit dengan duit atau wang dengan wang, atau makanan disamping ada pertambahan
a. Pembentukan Riba’ Al-Fadlu.
Riba al-Fadlu secara umumnya berlaku dalam enam jenis benda iaitu:
• Emas.
• Perak.
• Hintah (biji gandum).
• Tamar.
• Garam.
• Gandum (tepung).
b. Oleh itu barangan yang mempunyai unsur riba tersebut boleh dijual dengan yang sama jenisnya, seperti emas dengan emas berdasarkan tiga syarat:
• Hendaklah sama sukatan dan timbangan keduanya.
• Dengan tunai.
• Terima dalam majlis akad.
c. Barangan jenis riba lain yang tidak sama jenisnya juga seperti gandum dengan
• Dengan harga tunai.
• Terima dalam majlis akad.
2. Riba’ Nasi’ah
• Tambahan yang diambil kerana penundaan pembayaran hutang di mana hutang itu sepatutnyadiabyarkan pada tempoh yang tertentu akan tetapi dilewatkan pembayaran hutang kepada tempoh yang baru
3. Riba’ Al-Yadi
• Riba yang berlaku akibat penangguhan dalam pertukaran barang-barang
Comments
Post a Comment